satu isu yg sgt sesuai utk aku catatkan di sini kerana ini merupakan kali ke-2 aku terpaksa melalui penyeksaan zahir ini..huhuhu. ada beberapa sebab yg menyebabkan aku mengklasifikasikan ia sbg penyeksaan zahir;
1. terpaksa memakai bengkung sepjg hari, hingga menghadkan pergerakan dan menyebabkan badan sgt rimas dan berpeluh2.
2. byk makanan2 kegemaran tidak dapat dimakan dalam tempoh yg agak lama. asyik2 dok makan ikan bakar, nasi putih, black pepper, halia dan air kosong.
3. dilarang meminum sebarang minuman sejuk dan apatah lg yg berais..OWwwhh, my most need. xlih idop kalu xdpt minum air sejuk dan berais.sedangkan musim tengkujuh pon aku bleh blasah mkn abc..huhuhu.
4. xlih nk kluar bersiar-siar sesuka hati mahu pun window shopping ker walapon anda diberikan cuti bergaji selama 2bln.(bleh jer kalu nk langgar pantang yg ni, tp kena tahan kena bebel arr..)
5. tidak dibenarkan tidur di dalam bilik yg beraircond..tido dlm sauna adalah yg terbaik.
dan adalah beberapa simptom2 lain lg yg menyebabkan zahir aku terseksa..huhuhu:( tp disebalik penyeksaan tu, ada jgk kebaikan2 lain yg aku turut dpt such as, berat badan yg menurun everyday(weee..), dpt blogging tanpa perlu pk soal kerja2 diopis utk beberapa lama, dpt jimat duit sbb everything aku mtk husband jer yg pegi belikan..haha:), aku suka jer mkn nasik ngan black pepper, cuma bila dh hari2 pon naik jemu jgk and etc..
bila disebut soal berpantang, ia ditentukan dengan tempoh hari yg kita nk lalui proses tu. cthnyer, proses mengurut dan bertungku yg diamalkan beberapa hari selepas bersalin dan dilakukan dalam tempoh 7-20hari. then proses yg dinamakan 'masuk peranakan' yg dilakukan pd hari ke-20 slps bersalin. then proses 'pelepas' yg merupakan proses terakhir yg dilakukan samada pd hari ke-35,37,39 atau 41, depends kpd individu. it's actually cara perubatan traditional utk wanita yg lepas bersalin, yg dh diamalkan since xtau sejak zaman biler lg. tp bila kita cuba gandingkan dgn teknologi perubatan moden skang, mmg agak berlawanan lh jgk.
kalau kita tgk kpd budaya/kaum lain, mereka jg punya cara tersendiri untuk berpantang, yg mana aku pon xpasti apa caranyer. di sini menunjukkan yg semua ni hanyalah kepercayaan turun temurun dan jika tidak dipraktikkan pon tidak akan menyebabkan maut..hehe;p tetapi dlm byk2 pantang larang yg dikatakan xpraktikal, ada juga yg boleh diguna pakai dan ada relevannya. jadi, jika bukan kita yg meneruskan tradisi berpantang ni, takut nanti ianya akan hilang ditelan dek zaman kelak..kesian kt anak2 masa depan.
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Berpantang Selepas Bersalin"
Post a Comment